Jumaat, 26 April 2013

DEMAM PILIHAN RAYA 2.0: SPR vs NGO



Masih demam. Kali ini bukan disebabkan oleh penyokong-penyokong parti, tapi disebabkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO). Pada mulanya, cara mereka menyampaikan idea tentang reformasi pilihan raya nampak neautral dan non partisan. Namun, semakin hari tindak tanduk mereka semakin menjurus kepada tindakan berpihak. Yang demam tentulah SPR.

Dulu, aku memang pantang kalau dok sebut SPR ni. Analogi aku terhadap peranan SPR ni tidak lebih macam pengadil rancangan gusti WWE kat TV. Watak sampingan yang tugasnya menyedapkan cerita. Masa penggusti jahat kena belasah dengan senjata terlarang, masa tulah dia nak pengsanlah, nak bertekak dengan penggusti yang kat luar gelangganglah, macam-macam lagilah perangai, demi menghalalkan tindakan penggusti jahat membelasah penggusti pujaan ramai. Dia buat-buat tak nampak je 'ketidakadilan' yang berlaku. Bila dah selesai, elok pulak dia berpaling kat tempat kejadian. Masa tu, penggusti pujaan dah lembik tak berdaya dan penggusti jahat elok je buat muka baik dan tak bersalah.

Aku juga sangsi dengan usaha orang-orang kat SPR dalam menyelesaikan masalah yang datang. Tapi bila aku mula baca, borak dengan kawan-kawan yang pernah jadi petugas SPR dalam pilihan raya dan pernah gak datang melawat SPR untuk dengar taklimat mereka, barulah aku rasa yang SPR ni, ok gaklah... mereka dah buat sehabis baik cuma masih banyak cabaran yang mereka perlu tempuh. Hehehehehe... cuma nak bagitau, aku berubah pandanganpun bukan mudah. Letih gak pegawai SPR nak melayan soalan-soalan yang aku kemukakan. Bukan setakat kat situ, lepas tupun aku hantar soalan-soalan yang berlegar kat kepala otak aku kepada pegawai tu. Cuma, akhirnya, aku rasa pegawai tu berjaya jawab dengan ikhlas semua soalan aku dan aku puas hati dengan jawapan tersebut. 

Camana aku tak puas hati, aku dah baca semua yang patut sebelum post soalan kat dengan pegawai tu. Semua jawapan dia 'make sense' jugaklah... taklah perfect sangat, tapi oklah dan 'acceptable'... aku datang dengan anggapan 'dunia  ni sepatutnya sempurna... pilihan raya kena la sempurna', tapi rupa-rupanya semua perkara pokok bagi menjamin prinsip 'ketelusan' dan 'kerahsiaan undi' telahpun dilaksanakan oleh SPR. Mungkin perlukan sedikit penambahbaikan bukan perkara pokok yang perlu diubah, tapi lebih kepada usaha 'menambah keyakinan' dan 'keselesaan' kepada pengundi...itu saja.

Cuma nasihat aku kepada SPR, korang cubalah usahakan supaya semua rakyat Malaysia ni tahu dan faham dengan setiap proses dan aktiviti pilihan raya. Oleh sebab korang diam dan takde usaha nak memaklumkan tentang prinsip 'ketelusan' dan 'kerahsiaan undi' kepada rakyat, itu yang rakyat semakin sangsi dan konpius... apa lagi kalau ada pihak-pihak lain yang sibuk menyucuk jarum untuk menambah 'keraguan' terhadap proses yang dilaksanakan oleh SPR. Janganlah bila mintak baru nak bagi... pro aktiflah sikit!! 

Tapi.... lately, aku rasa makin tak puas hati, dahlah SPR tak laksanakan tanggungjawab mendidik pengundi, ada pulak NGO yang nak jadi SPR!! Kononnya lebih bagus daripada SPR. Cukuplah, ini bukan gelanggang pertandingan tarian SUPERSTAR, yang nak bertanding skil siapa lagi bagus... SPR sebuah institusi, kalau nak bagi cadangan hantar je ke SPR atau datang sendiri dan tunjukkan kat mereka. tak perlu kelirukan lagi pemikiran rakyat yang dah memang tengah keliru dengan peperangan maklumat oleh parti-parti bertanding. Macam mana SPR tak demam??!!

ps: Tahniah SPR sebab wujudkan portal khas untuk rujukan para pengundi. Portal www.pru13.gov.my sangat berguna dan sangat berinformatif. Cuma kalau boleh tambahlah tahap kreatif korang. Banyak sangat tulisanlah...banyakkanlah 'visual' dan gunakanlah teknologi multimedia. Bangunlah!! ni dah zaman milenium, zaman digital, zaman siberlaahh...

2 ulasan:

  1. http://tukartiub.blogspot.com/2013/04/spr-bersilat-lidah-hendak-menipu-lagi.html

    BalasPadam
  2. Elle Jung Mi: Saya tidak tahu sama ada mahu menyokong atau tidak kenyataan dalam blog tersebut. Suatu waktu dulu, ketika sayapun masih kurang arif tentang proses pilihan raya, saya juga berasa marah dan kecewa kerana saya percaya bahawa terlalu banyak penyelewengan yang berlaku. Saya juga marah kerana walaupun terlalu banyak persoalan, SPR tidak pernah cuba menjelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada rakyat tentang isu sebenar dan justifikasi disebalik setiap keputusan yang dibuat oleh SPR. Selalunya SPR hanya buat sidang akhbar dan terangkan secara lisan. Saya rasa cara ini sudah ketinggalan zaman. Saya rasa selain praktik konvensional, SPR perlu menggunakan teknologi media dan multimedia untuk memberi penerangan agar rakyat jelas dengan setiap proses yang akan dilaksanakan. SPR juga perlu mengeksploitasi media perdana dan media baru untuk cuba memaparkan penjelasan dalam suatu tempoh yang munasabah. Saya ambil contoh pengenalan undi awal yang pada hemat saya untuk mengurangkan bilangan undi pos. Walaupun dalam portal PRU13 ada dinyatakan berkenaan proses undi awal dan juga undi pos, saya masih percaya bahawa sekiranya SPR dapat menggarap informasi tersebut dalam bentuk flash presentation dan disebarkan melalui media yang popular seperti Youtube, sudah tentu ramai antara kita khususnya pengundi muda akan dapat memahami setiap proses yang dijalankan dengan cepat dan mudah. Dengan cara demikian, ruang untuk 'spinning' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab adalah terlalu kecil berbanding sekarang. Apapun mari kita lihat sama ada orang-orang di SPR ni sebenarnya penghuni gua batu atau hidup sezaman dengan kita.

    BalasPadam